سمره يڠ كو تيڠڬلكن...سمبوڠن

Author: النعيم الروز / لابيل:


سڤرتي بياسا كالاو كيت سوده لاما منيڠڬلكن سسواتو تمڤت، سكيراڽ كيت كمبالي سمولا كتمڤت ايت كيت اكن ترچاري٢ سسواتو يڠ ڤرنه ترداڤت دسيتو سواتو ماس دهولو. مماسوقكي ڤكن سمره اكو ترچاري٢ لوكاسي كداي٢ يڠ سلالو اكو كونجوڠي برسام٢ ارواح داتوق.
يڠ ڤرتام، كداي كاسوت "باتا " دمان اكو دباوا اروخ داتوق منجلڠ هاري راي دان اروخ داتوق ممبلي بارڠ٢ كڤرلوانڽ. كدوا، كداي ڤرابوت مصطفى دمان اروخ داتوق ڤرنه ممبلي كروسي دان الماري. كتيڬ، كداي "چيك"يڠ منجوال برماچم٢ بارڠن ترماسوق كاين باجو، الس ميجا، كاسوت،بارڠ٢ هياسن رومه دان سباڬايڽ. يڠ ايستيميواڽ دهادڤن كداي ترداڤت سأورڠ ڤرمڤوان توا تيوڠ هوا دودوق دسبواه كروسي سمبيل ممباچ اخبار اوتوسن ملايو! كات اروخ داتوق اي اداله امق كڤد توان ڤوڽا كداي...ميمڠ مڠحيرانكن اكو ڤد ماس ايت.
سلاڠ ببراڤ كداي دري سيتو ترداڤت كداي ممبوات بارڠ٢ لوڬم سڤرتي بلدي، ڤليتا، توڠ ڬيته دان سباڬايڽ يڠ مان اكو ماسيه ايڠت توكڠڽ اداله سأورڠ تيوڠ هوا يڠ ڬموق تنڤا سبله كاكيڽ….برسمبوڠ

7 اولسن:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam,

1. Kedai kasut 'bata' masih ada lagi. Yang lelaki sudah tiada, tinggal isterinya. Anaknya yang lelaki mengambil alih dan dibantu oleh adik dan abangnya. Semuanya sudah berumur 50an.
2. Kedai perabut Mustaffa Saib satu-satunya kedai perabut Melayu di Pekan Semerah telah tiada lagi. Kedainya sekarang telah diambil alih oleh Cikgu Jahi Sulaiman yang sekarang ini menjual gas masak petronas. Mustaffa masih hidup dan menjual gas secara kecil-kecilan. Kedai perabot dan elektriknya telah ditutup.
3. Kedai 'Chik' masih ada tetapi telah jadi kedai batu.Chik sudah tiada dan diambil alih oleh anak lelakinya.
4. Perempuan tua itu pun sudah tiada.
5.Cina kudung buat barangan almunium pun sudah tiada tetapi perniagaannya diwarisi oleh anaknya.

النعيم الروز said...

توان بڬيتو عارف تنتڠ تمڤت٢ يڠ ساي چريتاكن...توان مستي بياسا دڠن تمڤت اين اتاو سلالو بركونجوڠ كسيني، تريماكاسيه كران ممبريكن باڽق اينفو دان ڤركمبڠن سماس تمڤت اين.ميمڠ ايت يڠ ساي ايڠين تاهو...تريماكاسيه سكالي لاڬي

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam,

sangat arif. Walaupun saya juga pernah merantau ke Perak selama 16 tahun. Tempat-tempat yang disebutkan cepat tergambar di hadapan mata. Kini saya sudah pulang ke kampung halaman dan tempat-tempat ini sudah menjadi tempat-tempat biasa saya sekarang walau pun saya tinggal di Batu Pahat. Saya masih berulang alik ke Semerah kerana kerjaya saya di sini.

النعيم الروز said...

اوه بڬيتو روڤاڽ...ساي سوڠڬوه برنصيب بأبك دان برتريما كاسيه كڤد ساودارا كران تله ممبريكن باڽق اينفورماسي يڠ بڬيتو ترڤاينچي...تريما كاسيه سكالي لاڬي.

zedmagel said...

Salam Al naim al roz,

Apabila saudara menceritakan kedudukan kedai-kedai dan sungai semerah serta pasar tempat memunggah hasil nelayan.

Air mata saya hampir menitis, terkenangkan waktu itu, melihat perahu nelayan hili mudik di sungai itu. Kin, sungai telah tiada dan tiada keriuhan sang nelayan memunggah ikan di jeti.

kerana sang nelayan itu adalah saya. Jika ia meninggalkan kesan yang dalam buat saudara apatah lagi saya yang menelurusi sungai itu sepanjang usia.


Jika lorong pejabat pos yang saudara sebutkan itulah tempat tinggal saya sekeluarga, rumah saya bersebelahan dengan rumah cikgu Pak Matlob. Tetapi tumah beliau telah tiada, rumah orang tua saya masih kekal di telan usia.

Tulisan saudara mendekatkan lagi saya dengan kenangan semalam. Jangan tinggalkan semerah, berkunjung dan hayatilah pekan kesyangan saya yang telah lama ditingglkan oleh saudara.

النعيم الروز said...

ساودارا زيدماڬيل،
ساي ميمڠ ايڠين سكالي كمبالي كسان تاڤي اڤاكن داي...تياد سسياڤا لاڬي دسانا، يڠ تيڠڬل هاڽ قيصه٢ دوك دان كنڠن اينده برسام اروح داتوق، كبرادان ساي دسانا موڠكين اكن مڠهيدوڤكن سمولا بارا٢ لاما يڠ تله مولا ديڠين كيني

zedmagel said...

Salam Al Naim Al Roz,

Menghayati sedikit kisah saudara saya kira ada sebuah kisah tercalar dalam jiwa keluarga saudara, itu hanya telahan saya sahaja. Maaf jika saya salah tafsir.

Tetapi sebagai manusia, saya mengambil perpatah orang Melayu lama, kawan berkelahi lagi dikenang, inikan pula kawan bermain.

Apapun tulisan saudara mengenai Pekan Semerah dan memori silam saudara membuatkan hubungan kita lebih akrab di maya ini.

Mengulaslah dilaman saya `tamandalamrumah'