سمره يڠ كو تيڠڬلكن...سمبوڠن

Author: النعيم الروز / لابيل:

ستله لاما تيدق كسيني...باڽق جوڬ ڤروبهن دڤكن اين...كداي٢ يڠ اكو سبوتكن تردهولو ماسيه اد تتاڤي اورڠ٢ لاما سوده تياد. اكو ترچاري٢ سبواه كداي منجوال مجله٢, اخبار٢،ڤيريڠ هيتم دان كيسيت لاڬو كڤوڽان اورڠ ملايو...تياد...دڬنتيكن اوليه باڠونن بارو دان كداي٢ بارو...اكو سيڠڬه سبنتر د ڤاسراي سجاتي اونتوق ممبلي مينومن. سلڤس ايت اكو ملينتاسي جالن اونتوق مليهت٢ كداي٢ دسبله سان. اكو ڤرنه ملالوءي لوروڠ سبله ڤجابت ڤوس منوجو كرومه چيءڬو مطلوب ، ڤجوڠ توليسن جاوي. ڤد ماس دولو بلياو سريڠ كليهاتن دڠن سكوترڽ. مڽلوسوري كاكي ليما كداي٢ ملينتاسي كداي لين، توكڠ لوڬم، كداي مصطفى هيڠڬ كهوجوڠ. ڤد ماس لالو، سوڠايڽ اڬق ليبر دان ترداڤت ڤراهو٢ نلاين برلابوه منورونكن حاصيل٢ لاوت اونتوق دجوال دڤاسر دسبيرڠ سان...سكارڠ سوڠايڽ اڬق سمڤيت دان توهور نمڤقڽ. اكو تيدق نمڤق ڤاسر باسه كران دڬنتيكن دڠن ڬراي٢ ماكنن...موڠكين دسبله بلاكڠ اڬقڽ...دسبيرڠ جالن بكس بالاي ڤوليس لاما دان كأتس سديكيت اد ستيشن ميڽق...كالاو تق سيلڤ اياڽ بكس تاڤق ڤڠڬوڠ وايڠ يڠ ڤرنه اد دڤكن اين. اكو مليهت٢ سبنتر دان اكو ڤرلو سڬرا كساتو تمڤت اونتوق منزيارهي سساورڠ

7 اولسن:

amirhamzah64 said...

salam,

Tahun 2004, berlaku kebakaran di deretan kedai kayu yang sekarang ini telah didirikan kedai batu. Diantara kedai yang musnah dijilat api itulah kedai yang saudara cari. Kedai Majid penjual surat khabar, keset dan piring hitam. Pak Jang Majid sekarang berniaga di tapak pasar lama yang saudara katakan sebagai kedai makanan sekarang.

Di tapak pasar lama itu sekarang ada 3 gerai kedai makan, 1 kedai gunting rambut (Mat Tapie)dan kedai Pak Jang Majid. Pasar basah di sebelah belakang.

Pasaraya sejati itulah tapak kedai Pak Jang Majid.

Kalau saudara meneruskan perjalanan ke arah rumah Pak Matlob, rumah itu sudah tiada lagi telah dirobohkan kerana tanah itu akan dimajukan dengan kawasan perumahan sedikit masa lagi.

Isteri pak Matlob (anak Cikgu Daud) telah meninggal dunia. Pak Matlob telah berkahwin lain (dengan Mak su Pah) dan sekarang ini tinggal bersama isteri barunya di Semerah Darat (Jalan Kabel Letrek) tidak jauh daripada tempat saudara mengambil gambar.

Kalau jeti ikan di sungai semerah itu, sudah lama tidak ada. Sungai semerah sudah tohor kerana sudah ada benteng di sebelah laut. Air Pasang dah tak sampai ke darat. Jeti hanya ada di Sarang Buaya.

Balai polis lama sudah dirobohkan, malah balai polis baru sudah lama dibina sekitar tahun 1980'an di sebelah pejabat pos. Stesen petronas itu adalah bekas panggung wayang wak kandar yang saudara sebutkan dulu.

Sekolah peserian dan sekolah menengah semerah adalah sekolah lama saya juga. kampung Lubok adalah kampung saya, ramai kawan-kawan saudara ada di lubok seperti yang saudara katakan.

amirhamzah64 said...

salam,

saudara zedmagel pun asalnya orang semerah. Rumahnya adalah berhampiran dengan rumah pak matlob lama disusur pejabat pos. Sebahagian tanah pak matlob di pekan semerah telah diwakafkan oleh pak matlob untuk sekolah agama peserian di bahagian belakang pekan semerah dan di hadapan rumah zedmagel.

النعيم الروز said...

بڬيتوله....ماس تله مروبه كادأن دان ڤرسكيترن، ساودارا زيدماڬيل ﴿تامن دالم رومه؟﴾ ڤون اورڠ سمره ؟!..موڠكين ڤد ماس لاواتن يڠ اكن داتڠ ساي ڤرلوكن لبيه ماس اونتوق منينجاو دڠن لبيه ترڤاينچي لاڬي دسانا...تريما كاسيه سكالي لاڬي دأتس معلومت ساودارا يڠ ساڠت برڬونا ايت.

amirhamzah64 said...

salam,

Ye. Zedmagel (Taman Dalam Rumah) Gambar blognya adalah berlatarbelakang rumahnya di belakang Pekan Semerah).Rumah itu didiami oleh bapanya seorang. Di hujung minggu Zedmagel akan ke sini.

Zedmagel tinggal di Taman Penggaram Batu Pahat.

Saya, Zedmagel, distortion (Rozlanz)dan Wahnuar (Wak Kuntong) selalu 'ngeteh-ngeteh' di Batu Pahat ni.

Kalau balik ke sini lagi bolehlah jumpa kami-kami blogger2 amatur di Batu Pahat. hehehe

النعيم الروز said...

انشألله كيت سموا اكن برتمو دسواتو ماس ننتي، تريماكاسيه باڽق

zedmagel said...

Salam Saudara Al Naim Al Roz,

Beberapa perkara yang banyak diceitakan oleh saudara dan penerangan panjang dari Saudara amirhamzah (blogger segalanyamungkin)lebih mendekatkan saudara kepada Pekan Semerah yang telah lama saudara tinggalkan.

Tanah perkuburan Sg Nibong hanya dipisahkan oleh sungai sahaja dari rumah bapa saya (kebanyakan gambar-gamar di blog saya berlatar belakangkan rumah berkenaan dan semua shot dan snap dalam blog berkaitan dengan rumah tersebut).

Seperti penerangan dari saudara mairhamzah, saya pasti saudara boleh mencari rumah tersebut. Hubungi saya di talian pada salah entry saudara itu. Dan bila ke BP telefon dulu.

Leenoh said...

Salam.
Entri dan komen-komen yang sangat menarik - semuanya bermanfaat - yang pasti kesemuanya tidak lagha.